Wednesday, April 24, 2013

bab 198

Husam Musa ni ibarat "ludah ke langit, jatuh ke muka sendiri". Kerana apa? Kerana beliau ni pandai mengambil kesempatan. Bila dia tengok Putrajaya dah membangun atas usaha kerajaan, dia pun masuk bertanding dekat Parlimen Putrajaya dan meninggalkan DUN Salor. Padahal dulu Husam ni lah yang paling lantang membantah pembangunan Putrajaya kerana katanya menghabiskan duit rakyat.

Kalau dilihat PAS juga pernah mengharamkan suara wanita sebelum ini, tapi pada PRU 13 kali ini PAS termakan dengan kata-kata mereka sendiri iaitu dengan meletakkan bekas penyanyi Wan Aishah sebagai calon PAS bagi Parlimen Jempol. Dulu PAS mendakwa suara wanita merupakan aurat sehingga mengharamkan kerajaan membuat Musabaqah Al-Quran dan suara wanita tidak boleh dipertandingkan dalam Musabaqah Al-Quran.

Tapi berlainan pula pada hari ini yang mana bila PAS merasakan perlu, wanita kini boleh bertanding. Daripada sini kita boleh lihat wajah PAS yang sebenar.

Sekian.

No comments:

Post a Comment