Tuesday, April 23, 2013

bab 197

Melayu adalah satu bangsa yang kaya dengan budaya dan adat-istiadat. Adat ini dibawa daripada generasi, ke generasi sehinggalah ke hari ini. Jika P. Ramlee dalam lagunya menyatakan "irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, jika dipisahkan, rosaklah lagu pincanglah irama". Maka, begitu jugalah adat dengan agama. Tapi di sini aku nak berbicara sedikit, jika adat itu tidak lari daripada konsep Islam, ianya tidak menjadi masalah. Tapi jika ianya lari daripada konsep Islam, ianya merupakan satu masalah besar kepada umat Islam.

Kenapa ianya menjadi masalah? Aku bagi satu contoh pepatah yang sehingga hari ini masih lagi digunakan dan masyarakat Melayu pada hari ini masih berpegang teguh kepada pepatah yang tidak pasti siapa penciptanya. Pepatah tersebut berbunyi "Biar mati anak, jangan mati adat". Pada pendapat aku, pepatah ini sama sekali tidak masuk akal jika ianya difahami dan diteliti betul-betul kerana pepatah ini mencerminkan pegangan secara fanatik kepada adat tetapi daripada segi logik, jika anak sudah mati, adat tidak mungkin hidup.

Adat dibuat dan ditentukan oleh manusia, manakala budaya atau adat resam terus mengalami perubahan, baik dari sudut geografi, waktu, status sosial mahupun usia. Adat seharusnya berlandaskan kepada agama yang sebenar. Islam seharusnya tidak keliru di antara adat dan agama supaya nanti tiada yang mengatakan adat yang bercanggah dengan Islam itu adalah salah satu daripada tradisi agama Islam.

Persoalannya mengapakah masih ada masyarakat Melayu Islam yang masih lagi mengamalkan adat resam yang nyata bercanggah dengan agama Islam yang dianuti? Melayu harus sedar dan harus dapat membezakan yang mana satu baik atau buruk untuk dalam melakukan amalan seharian.

Sekian.



No comments:

Post a Comment