Politik? Faktor umur mungkin memainkan peranan penting. Tapi kalau umur kita dah menjangkau 20tahun dan sudah berfikiran matang, aku rasa ianya tidak menjadi masalah. Apabila seseorang itu mengeluarkan statement yg berbaur politik, pasti ada segelintir pihak yang akan komen dan menunjukkan rasa tidak puas hati. Ya, aku mengaku umur aku memang tk cukup lagi untuk mengundi pada Pilihanraya Umum. Tapi tak salah rasanya aku berbicara tentang politik. Politik itu memang minat aku sejak bangku sekolah lagi. Jangan ditanya kenapa aku meminati bidang politik ini. Ini kerana ayah aku seorang yang sangat aktif dalam bidang politik. Bukan ayah aku sahaja, memang dari zaman atok aku lagi, ada sebahagian nama-nama besar pemimpin negara yg mengalir dalam tubuh badan aku ni. Bekas pemimpin nombor 2 negara, 2 orang bekas speaker DUN Melaka. Beliau merupakan 2 pupu kepada atok aku. Ianya persis ditakrifkan sebagai "mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". Aku sedar, ramai kawan2 aku lebih kepada pihak pembangkang, aku tak kisah pun sebenarnya. Prinsip aku takkan berganjak walau sedikit pun. Aku pernah ditegur oleh bekas guru aku sendiri sebab berbicara pasal politik di laman sosial. Mungkin beliau sakit hati mungkin? Sebab tu dia tegur aku. Takpe, aku jenis terima pandangan orang. Tapi apabila aku berbicara tentang fakta pasal politik ni, takde pulak dia nak komen ke apa. Lidahnya terkaku mungkin? Takpe, aku still hormat cikgu aku. Tapi bila aku dah cukup umur, In Shaa Allah akan ku ikut jejak langkah ayah aku aktif dalam bidang politik. Aku memang tk berapa pandai dalam akademik, tapi apabila semangat nk perjuangkan apa yang kita kecapi selama ni masih menebal di dalam diri seorang insan yang bertubuh sederhana ini, tiada apa yang mustahil.
Diablo 4 Buy Account
2 years ago
No comments:
Post a Comment