Sunday, October 20, 2013

bab 211

Mengumpul jersi kegemaran bukan suatu pembaziran. Memiliki jersi kegemaran adalah suatu kepuasan. Kepuasan apabila dapat menyambar jersi kegemaran tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Kepuasan hanya dapat dirasai oleh Si Pemilik jersi.



Harimau Muda B home #19. (2012)


Malaysia away, AAA. (2010)


Arsenal home, AAA. (2012)


Selangor Training, Piala Belia, ORI. (2013)


ATM home, ORI. (2013)


Selangor home, ORI. (2013)


Malaysia away #19, AAA. (2012)


Atletico Madrid home, AAA. (2012)


Galatasaray home, 2ND ORI. (2012)


 Liverpool home #7 Suarez + Europa league patch + Respect patch + People's Trust Postcode. SUPER A. (2012)



Harimau Muda C home #19, ORI. (2013)



Muangthong United away #10 Teerasil, 2ND ORI. (2013)


Harimau Muda A home, ORI. (2011)


Harimau Muda A away, ORI. (2011)


Harimau Muda A home, ORI. (2012)


Perak 3rd #19 Hazrul, ORI (2013)


Perak home, ORI. (2013)


Selangor away, ORI. (2013)


Malaysia home #19, Pro Combat. (2012)


Selangor home #19, ORI. (2013)

Friday, October 18, 2013

bab 210

Politik dan Melayu dalam era moden memang tidak dapat dipisahkan. Namun politik Melayu ada pelbagai cabang. Samada berpihak pada kerajaan atau pembangkang. Kerana politik, Melayu yang sekarang bukanlah Melayu yang dahulu. Melayu yang dahulu baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang berpolitik kerana memperjuangkan nasib anak bangsa untuk kesenangan generasi mendatang, tetapi Melayu yang sekarang (tidak semua) terlalu banyak retorik politik dilaungkan sehingga menyaksikan Melayu itu sendiri yang rugi. Berpolitik adakah mahu memperjuangkan nasib anak bangsa? korupsi? kolusi? nepotisme? Wallahua'lam.

Politik moden mengajar kita menyokong pemimpin berdasarkan kebolehan individu tersebut, bukan berdasarkan parti (tidak semua). Kalau parti bagus, tapi calon parti tersebut tidak ada sifat kepimpinan ianya umpama mencurah air ke daun keladi sahaja. Awlawiyat siasi mereka bukan untuk perubahan tapi hanya untuk tengkorok peribadi.

Fikir-fikirkanlah betapa ironisnya peribahasa lama yang menceritakan tentang seorang yang bodoh sombong kerana marahkan nyamuk, habis semua kelambunya dibakar. Melayu usah bersikap apologetik dalam pertahankan hak keistimewaan Melayu itu sendiri.

Kerana politik, Melayu sesama Melayu berbalah,
Kerana politik, Melayu ditertawakan,
Kerana politik, Melayu sanggup guna cara kotor untuk berkuasa,
Kerana politik, Melayu menghasut seantero Malaya untuk gulingkan kaum Melayu sendiri,
Kerana politik, Melayu lupa diri,
Kerana politik itu akan terus kotor selagi ianya tidak dibersihkan.

Suatu hari mendatang, pasti akan ada hamba Allah SWT yang tampil dan perbetulkan persepsi rakyat bahawa politik itu tidak akan kotor selama-lamanya.

Thursday, September 5, 2013

bab 209

Untuk pengetahuan, ini hasil nukilan aku yang pertama. Jika ada salah dan silap harap dimaafkan. Nukilan aku ini bertajuk "DIRGAHAYU BANGSAKU". Segala perkataan dalam nukilan ini keluar daripada kotak fikiran aku sendiri. Tiada copy and paste. Sekian.

Melayu,
Dahulunya bersatu,
Berganding bahu,
Demi impian yang satu.

Melayu,
Dahulunya memerah keringat,
Tanpa mengira lelah dan penat,
Demi mencapai satu matlamat.

Melayu,
Dahulunya membanting tulang,
Jerihnya bukan kepalang,
Sedihnya masih ada menjadi si petualang.

Melayu,
Bahasa ibundanya begitu indah,
Akan tetapi keluhurannya semakin terhakis,
Dirogol oleh si pelapis.

Melayu,
Seantero Malaya berbalah,
Tidak tahu siapa yang menang atau kalah,
Pecah menanti sebab, retak menanti belah.

Melayu,
Dinihari tidak lagi berpadu,
Perpaduan tidak lagi menjadi tunjang,
Menunggu detik untuk ditelanjang.

Melayu,
Dinihari tidak lagi bersatu,
7 wasiat semakin terhapus,
Menunggu detik untuk pupus.

Melayu,
Ayuh bersatu,
Ayuh pertahankan 7 wasiat,
Supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Monday, September 2, 2013

bab 208

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

PERTAMA

- Kami namakan dann kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (MALAYSIA).

KEDUA

- Kami isytihar dan kami simpan untuk kamu dan kami benar-benar kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dann hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU, sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA

- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT

- Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintahkan nehara ini.

KELIMA

- Kami isytihar ISLAM ialah AGAMA PERSEKUTUAN.

KEENAM

- Kami tetapkan BAHASA KEBANGSAAN ialah BAHASA MELAYU.

KETUJUH

- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak Negeri Sabah dan Sarawak).

Saturday, August 24, 2013

bab 207

Assalamualaikum. Dah berhabuk dah blog aku ni rasanya. Finals pun dah nak dekat, nak update blog pun takde masa. Tapi Insha Allah kalau ada masa lapang aku akan update blog aku ni. Doakan aku supaya boleh jawab dengan tenang dalam final exams yang akan berkunjung tiba dalam masa sebulan akan datang. Insha Allah dengan izin Allah semuanya akan berjalan lancar. Sekian.

Tuesday, July 9, 2013

bab 206

Pejam celik pejam celik bulan paling mulia iaitu Ramadhan kunjung tiba. Mari jadikan bulan Ramadhan kali ini bulan yang penuh dengan hidayah dan gunakan bulan Ramadhan kali ini sebaik mungkin untuk mengejar pahala ibadah sebanyak mungkin. Bulan Ramadhan adalah bulan mendidik umat-umat Islam dari segala aspek kerana pada bulan ini kita bukan sahaja puasa daripada menahan lapar dan haus, nafsu juga turut berpuasa. Semoga bulan Ramadhan kali ini memberi hidayah kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Insha Allah.

Monday, June 3, 2013

bab 205

Dah hampir 2 bulan aku cuti semester dan ianya bakal berakhir dalam masa kurang dari seminggu. Cuti ni aku rasa aku banyak melepak, bila petang je lepak minum cendol dengan membe2 sekolah dulu. Biasa la, kita akan tahu membe sebenar bila dah habis SPM. Aku nak kongsikan serba sedikit gambar aku dengan rakan2 aku. Hehe. Aku pun takde idea ni nk update blog pasal apa. Enjoy la ye dgn gambar2 ni. Sekian.


Bikers kental melawat sekolah lama yang banyak meninggalkan kenangan.


Ducati Hypermotard 796 vs Kawasaki ER6-n



Bikers Kental vs Bikers Buntal