Wednesday, November 14, 2012

bab 189

Kalau ditanya kehidupan sebagai golongan kaya atau golongan sederhana, yang mana lagi bagus? Pada pandangan aku, kehidupan sebagai golongan sederhana lebih bagus daripada golongan kaya kerana berdasarkan pengalaman aku yang dilahirkan dalam keluarga sederhana dan rakan-rakan aku juga ramai daripada golongan sederhana. Golongan sederhana ini lebih berhati-hati dan peka dengan apa yang mereka lakukan. Golongan kaya pula lebih kepada mencari wang sehinggakan sampai satu tahap, anak-anak diabaikan (tidak semua golongan kaya). Kawan-kawan aku yang berasal daripada golongan kaya kebanyakannya mengalami masalah keluarga, tidak perlu aku ceritakan masalahnya disini. Sesetengah daripada mereka mudah lupa daratan sehinggakan ada yang tidak mahu berkawan dengan golongan yang tidak setaraf dengan mereka. Mereka terlalu dibuai kemewahan sejak lahir sehingga mereka terlupa yang sebenarnya siapa yang kaya? Mereka (anak-anak) atau ibu bapa? Sudah tentulah ibu bapa. Ada seorang hamba Allah ini menceritakan kepada aku yang dia kaya tetapi tidak bahagia. Kerana apa? Kerana bapanya seorang kaki perempuan, kaki kelab, kaki botol dan sebagainya. Ingatlah wahai manusia sekalian, kekayaan tidak menjamin kebahagiaan sesebuah institusi kekeluargaan. Kalau ada yang kaya dan tidak lupa daratan, Alhamdulillah itu bonus yang diberi kepadanya oleh Allah SWT. Bersyukurlah atas rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. Setiap dugaan dan ujian yang Allah SWT berikan kepada kita ada hikmahnya. Allah SWT takkan memberi ujian kepada hamba-Nya jika hamba-Nya tidak mampu menangani ujian tersebut. Kita mesti tabah dan yakin dalam menghadapi segala ujian tersebut.

Aku tak kaya, tak duduk banglo, tak diajar hidup mewah. Aku dibesarkan dalam keluarga sederhana, aku bersyukur, Alhamdulillah.

Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment