Harimau Malaya
Juara AFF Suzuki Cup 2010
AFF Suzuki Cup ? Ianya diadakan 2 tahun sekali dan merupakan piala paling berprestij di rantau Asia Tenggara ini . Kejohanan ini disertai oleh 8 pasukan dan Malaysia merupakan juara bertahan dan tuan rumah pada edisi kali ini . Pada edisi kali ini , Malaysia sekali lagi diundi dalam kumpulan maut bersama pasukan Indonesia , Singapore dan Laos . Adakah ini permainan politik dalam konfederasi bolasepak ASEAN terhadap pasukan Malaysia ? Itu kita tidak tahu , tetapi sebagai peminat setia pasukan kebangsaan yang lebih dikenali Harimau Malaya , seluruh peminat Harimau Malaya percaya dan menaruh harapan yang tinggi terhadap pasukan kebangsaan yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini prestasinya semakin meningkat naik supaya gelaran "Raja Bolasepak Asia Tenggara" dapat dipertahankan . Sejak 5 tahun kebelakangan ini , pelbagai inisiatif diambil demi meningkatkan lagi mutu bolasepak negara dan Alhamdulillah ianya membuahkan hasil , buktinya Malaysia berjaya memenangi pingat emas Sukan Sea 2009 dan 2011 dan AFF Suzuki Cup pada tahun 2010 . Tapi bukan ini yang ingin dibincangkan , yang ingin dibincangkan ialah dimana peranan media-media tempatan dalam mempromosikan AFF Suzuki Cup di Malaysia ? Sedangkan pada tahun 2012 ini Malaysia merupakan tuan rumah . Media-media tempatan perlu memainkan peranan kerana menjelang 20 hari lagi kejohanan AFF Suzuki Cup ini bakal berkunjung di Malaysia . Jangan salahkan sesiapa dalam hal ini mahupun pasukan kebangsaan hendaknya jika mereka tidak perform . Tanya pihak media sendiri mengapa ?! . Jangan nanti apabila Malaysia tidak perform barulah pihak media terhegeh-hegeh mahu buat liputan . Itu semua tidak perlu lagi pada masa itu kerana "nasi sudahpun menjadi bubur" . Saya berharap media tempatan mengambil langkah drastik dalam menghangatkan lagi demam AFF Suzuki Cup 2012 yang bakal berlangsung di Malaysia pada 24 November hingga 22 Disember ini . Kalau ada salah dan silap dalam artikel yang saya coretkan ini harap diampunkan dari hujung rambut hinggalah hujung jari . Sekian .
No comments:
Post a Comment