Tuesday, November 27, 2012

bab 191


Tanggal 27/11/2011 pada pukul 3.36 pagi merupakan detik yang tidak mungkin dapat dilupakan. Pada masa itu lah aku ngorat "Kak Cik" atau lebih dikenali sebagai Lily Jamaludin. Pada hari ini aku dengan Lily dah setahun bersama. Alhamdulillah. Lily ni comel, ramai peminat, gangster pulak tu. Tapi bila dengan Qari je dia terus jadi gadis yang lemah lembut. Kihkihkih. Bukan senang nak ngorat Kak Cik ni, susah tau. Entah macam mana aku boleh ngorat dengan jayanya pun aku tak tahu. Hehe. Happy 1st year anniversary Lily Jamaludin. Thank you sebab sanggup melayan Aqari yang sangat annoying dan kewlz ini. I love you sayang :)

bab 190

Hari ni last day aku kerja, Insha Allah cuti semester akan datang kalau ada rezeki aku akan kembali berkerja  lagi di sini sebagai Pak Guard. Pekerjaan apa tu tk penting selagi aku tak graduate. Janji gaji masyuk. Pada masa yang sama aku ada buat business jual jersi. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan. Memang aku minat dalam business. Perniagaan adalah sumber pendapatan. Masa usia muda ni lah nak kumpul duit sebanyak mungkin, Insha Allah. Cuti semester bakal berakhir. Sabtu ni dah balik UiTM sambung belajar dalam Pengajian Perniagaan untuk semester ke-3. Doakan kajayaan aku disana. Itu sahaja. Assalamualaikum. 

Ni antara gambar2 Pos Laju yg blh dikatakan tiap2 hari stok jersi sampai je.







Wednesday, November 14, 2012

bab 189

Kalau ditanya kehidupan sebagai golongan kaya atau golongan sederhana, yang mana lagi bagus? Pada pandangan aku, kehidupan sebagai golongan sederhana lebih bagus daripada golongan kaya kerana berdasarkan pengalaman aku yang dilahirkan dalam keluarga sederhana dan rakan-rakan aku juga ramai daripada golongan sederhana. Golongan sederhana ini lebih berhati-hati dan peka dengan apa yang mereka lakukan. Golongan kaya pula lebih kepada mencari wang sehinggakan sampai satu tahap, anak-anak diabaikan (tidak semua golongan kaya). Kawan-kawan aku yang berasal daripada golongan kaya kebanyakannya mengalami masalah keluarga, tidak perlu aku ceritakan masalahnya disini. Sesetengah daripada mereka mudah lupa daratan sehinggakan ada yang tidak mahu berkawan dengan golongan yang tidak setaraf dengan mereka. Mereka terlalu dibuai kemewahan sejak lahir sehingga mereka terlupa yang sebenarnya siapa yang kaya? Mereka (anak-anak) atau ibu bapa? Sudah tentulah ibu bapa. Ada seorang hamba Allah ini menceritakan kepada aku yang dia kaya tetapi tidak bahagia. Kerana apa? Kerana bapanya seorang kaki perempuan, kaki kelab, kaki botol dan sebagainya. Ingatlah wahai manusia sekalian, kekayaan tidak menjamin kebahagiaan sesebuah institusi kekeluargaan. Kalau ada yang kaya dan tidak lupa daratan, Alhamdulillah itu bonus yang diberi kepadanya oleh Allah SWT. Bersyukurlah atas rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. Setiap dugaan dan ujian yang Allah SWT berikan kepada kita ada hikmahnya. Allah SWT takkan memberi ujian kepada hamba-Nya jika hamba-Nya tidak mampu menangani ujian tersebut. Kita mesti tabah dan yakin dalam menghadapi segala ujian tersebut.

Aku tak kaya, tak duduk banglo, tak diajar hidup mewah. Aku dibesarkan dalam keluarga sederhana, aku bersyukur, Alhamdulillah.

Sekian. Wassalam.

Monday, November 5, 2012

bab 188


Harimau Malaya
Juara AFF Suzuki Cup 2010

AFF Suzuki Cup ? Ianya diadakan 2 tahun sekali dan merupakan piala paling berprestij di rantau Asia Tenggara ini . Kejohanan ini disertai oleh 8 pasukan dan Malaysia merupakan juara bertahan dan tuan rumah pada edisi kali ini . Pada edisi kali ini , Malaysia sekali lagi diundi dalam kumpulan maut bersama pasukan Indonesia , Singapore dan Laos . Adakah ini permainan politik dalam konfederasi bolasepak ASEAN terhadap pasukan Malaysia ? Itu kita tidak tahu , tetapi sebagai peminat setia pasukan kebangsaan yang lebih dikenali Harimau Malaya , seluruh peminat Harimau Malaya percaya dan menaruh harapan yang tinggi terhadap pasukan kebangsaan yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini prestasinya semakin meningkat naik supaya gelaran "Raja Bolasepak Asia Tenggara" dapat dipertahankan . Sejak 5 tahun kebelakangan ini , pelbagai inisiatif diambil demi meningkatkan lagi mutu bolasepak negara dan Alhamdulillah ianya membuahkan hasil , buktinya Malaysia berjaya memenangi pingat emas Sukan Sea 2009 dan 2011 dan AFF Suzuki Cup pada tahun 2010 . Tapi bukan ini yang ingin dibincangkan , yang ingin dibincangkan ialah dimana peranan media-media tempatan dalam mempromosikan AFF Suzuki Cup di Malaysia ? Sedangkan pada tahun 2012 ini Malaysia merupakan tuan rumah . Media-media tempatan perlu memainkan peranan kerana menjelang 20 hari lagi kejohanan AFF Suzuki Cup ini bakal berkunjung di Malaysia . Jangan salahkan sesiapa dalam hal ini mahupun pasukan kebangsaan hendaknya jika mereka tidak perform . Tanya pihak media sendiri mengapa ?! . Jangan nanti apabila Malaysia tidak perform barulah pihak media terhegeh-hegeh mahu buat liputan . Itu semua tidak perlu lagi pada masa itu kerana "nasi sudahpun menjadi bubur" . Saya berharap media tempatan mengambil langkah drastik dalam menghangatkan lagi demam AFF Suzuki Cup 2012 yang bakal berlangsung di Malaysia pada 24 November hingga 22 Disember ini . Kalau ada salah dan silap dalam artikel yang saya coretkan ini harap diampunkan dari hujung rambut hinggalah hujung jari . Sekian .