Tuesday, December 25, 2012

bab 192

Assalamualaikum. Dah masuk minggu ke-3 aku sambung belajar untuk semester 3. Alhamdulillah. Tapi sem 3 ni subjek pecah kepala sikit. Insha Allah kena kerja kuat lagi. Bukan itu aku nak cerita sebenarnya, aku nak cerita sekarang ni sambil belajar aku buat business, business apa? Business jersi!!! Saje je cari duit poket sendiri masa tengah belajar ni. Alhamdulillah dapat back up balik duit belanja yang parents bagi. So, sesiapa yang nak beli jersi tu boleh la bagi tau aku, harga boleh runding. 
















Tuesday, November 27, 2012

bab 191


Tanggal 27/11/2011 pada pukul 3.36 pagi merupakan detik yang tidak mungkin dapat dilupakan. Pada masa itu lah aku ngorat "Kak Cik" atau lebih dikenali sebagai Lily Jamaludin. Pada hari ini aku dengan Lily dah setahun bersama. Alhamdulillah. Lily ni comel, ramai peminat, gangster pulak tu. Tapi bila dengan Qari je dia terus jadi gadis yang lemah lembut. Kihkihkih. Bukan senang nak ngorat Kak Cik ni, susah tau. Entah macam mana aku boleh ngorat dengan jayanya pun aku tak tahu. Hehe. Happy 1st year anniversary Lily Jamaludin. Thank you sebab sanggup melayan Aqari yang sangat annoying dan kewlz ini. I love you sayang :)

bab 190

Hari ni last day aku kerja, Insha Allah cuti semester akan datang kalau ada rezeki aku akan kembali berkerja  lagi di sini sebagai Pak Guard. Pekerjaan apa tu tk penting selagi aku tak graduate. Janji gaji masyuk. Pada masa yang sama aku ada buat business jual jersi. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan. Memang aku minat dalam business. Perniagaan adalah sumber pendapatan. Masa usia muda ni lah nak kumpul duit sebanyak mungkin, Insha Allah. Cuti semester bakal berakhir. Sabtu ni dah balik UiTM sambung belajar dalam Pengajian Perniagaan untuk semester ke-3. Doakan kajayaan aku disana. Itu sahaja. Assalamualaikum. 

Ni antara gambar2 Pos Laju yg blh dikatakan tiap2 hari stok jersi sampai je.







Wednesday, November 14, 2012

bab 189

Kalau ditanya kehidupan sebagai golongan kaya atau golongan sederhana, yang mana lagi bagus? Pada pandangan aku, kehidupan sebagai golongan sederhana lebih bagus daripada golongan kaya kerana berdasarkan pengalaman aku yang dilahirkan dalam keluarga sederhana dan rakan-rakan aku juga ramai daripada golongan sederhana. Golongan sederhana ini lebih berhati-hati dan peka dengan apa yang mereka lakukan. Golongan kaya pula lebih kepada mencari wang sehinggakan sampai satu tahap, anak-anak diabaikan (tidak semua golongan kaya). Kawan-kawan aku yang berasal daripada golongan kaya kebanyakannya mengalami masalah keluarga, tidak perlu aku ceritakan masalahnya disini. Sesetengah daripada mereka mudah lupa daratan sehinggakan ada yang tidak mahu berkawan dengan golongan yang tidak setaraf dengan mereka. Mereka terlalu dibuai kemewahan sejak lahir sehingga mereka terlupa yang sebenarnya siapa yang kaya? Mereka (anak-anak) atau ibu bapa? Sudah tentulah ibu bapa. Ada seorang hamba Allah ini menceritakan kepada aku yang dia kaya tetapi tidak bahagia. Kerana apa? Kerana bapanya seorang kaki perempuan, kaki kelab, kaki botol dan sebagainya. Ingatlah wahai manusia sekalian, kekayaan tidak menjamin kebahagiaan sesebuah institusi kekeluargaan. Kalau ada yang kaya dan tidak lupa daratan, Alhamdulillah itu bonus yang diberi kepadanya oleh Allah SWT. Bersyukurlah atas rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. Setiap dugaan dan ujian yang Allah SWT berikan kepada kita ada hikmahnya. Allah SWT takkan memberi ujian kepada hamba-Nya jika hamba-Nya tidak mampu menangani ujian tersebut. Kita mesti tabah dan yakin dalam menghadapi segala ujian tersebut.

Aku tak kaya, tak duduk banglo, tak diajar hidup mewah. Aku dibesarkan dalam keluarga sederhana, aku bersyukur, Alhamdulillah.

Sekian. Wassalam.

Monday, November 5, 2012

bab 188


Harimau Malaya
Juara AFF Suzuki Cup 2010

AFF Suzuki Cup ? Ianya diadakan 2 tahun sekali dan merupakan piala paling berprestij di rantau Asia Tenggara ini . Kejohanan ini disertai oleh 8 pasukan dan Malaysia merupakan juara bertahan dan tuan rumah pada edisi kali ini . Pada edisi kali ini , Malaysia sekali lagi diundi dalam kumpulan maut bersama pasukan Indonesia , Singapore dan Laos . Adakah ini permainan politik dalam konfederasi bolasepak ASEAN terhadap pasukan Malaysia ? Itu kita tidak tahu , tetapi sebagai peminat setia pasukan kebangsaan yang lebih dikenali Harimau Malaya , seluruh peminat Harimau Malaya percaya dan menaruh harapan yang tinggi terhadap pasukan kebangsaan yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini prestasinya semakin meningkat naik supaya gelaran "Raja Bolasepak Asia Tenggara" dapat dipertahankan . Sejak 5 tahun kebelakangan ini , pelbagai inisiatif diambil demi meningkatkan lagi mutu bolasepak negara dan Alhamdulillah ianya membuahkan hasil , buktinya Malaysia berjaya memenangi pingat emas Sukan Sea 2009 dan 2011 dan AFF Suzuki Cup pada tahun 2010 . Tapi bukan ini yang ingin dibincangkan , yang ingin dibincangkan ialah dimana peranan media-media tempatan dalam mempromosikan AFF Suzuki Cup di Malaysia ? Sedangkan pada tahun 2012 ini Malaysia merupakan tuan rumah . Media-media tempatan perlu memainkan peranan kerana menjelang 20 hari lagi kejohanan AFF Suzuki Cup ini bakal berkunjung di Malaysia . Jangan salahkan sesiapa dalam hal ini mahupun pasukan kebangsaan hendaknya jika mereka tidak perform . Tanya pihak media sendiri mengapa ?! . Jangan nanti apabila Malaysia tidak perform barulah pihak media terhegeh-hegeh mahu buat liputan . Itu semua tidak perlu lagi pada masa itu kerana "nasi sudahpun menjadi bubur" . Saya berharap media tempatan mengambil langkah drastik dalam menghangatkan lagi demam AFF Suzuki Cup 2012 yang bakal berlangsung di Malaysia pada 24 November hingga 22 Disember ini . Kalau ada salah dan silap dalam artikel yang saya coretkan ini harap diampunkan dari hujung rambut hinggalah hujung jari . Sekian .

Monday, September 24, 2012

bab 187

Assalamualaikum . Dah lama aku tk update blog ni , banyak cerita yang nk aku ceritakan tapi apakan daya , masa mencemburui aku untuk update aku punya blog ni . Insya Allah kalau aku ada masa , aku akan update blog aku ni . 2/10/2012 bermulalah peperiksaan akhir untuk semester 2 aku ni , doakan semoga aku berjaya menjawab dengan cemerlang dan dapat result yang cemerlang . Insya Allah .

Saturday, June 23, 2012

bab 186

Rutin aku pada hari ni ialah bangun pagi je terus cuci ayam bagi daging kental sikit . Oh yeah , semalam baru beli ayam laga betina baka MaThai . Umur baru dalam 6bulan kalau tk silap .


Waktu dalam pukul 9pagi hingga tengahari waktu yg afdhal lah kiranya utk cuci ayam . Ayam ni baka Pakhoy . 


Ni lah ayam laga betina tu , baru beli semalam , harga dalam RM230 . Untuk dijadikan ibu , nk buat baka dengan Saigon dekat rumah along .

Thursday, June 21, 2012

bab 185

Bila bosan time petang , aku akan bawak motor ni jalan2 dalam PJ ni . Bukan selalu pun berjalan motor ni , nanti tak berjalan langsung pun susah jugak . Insya Allah , kalau ada rezeki , bila dah ada duit aku nk beli motor berkuasa tinggi . Insya Allah .


Ni motor abang ipar aku , Kawasaki ER6-n , harga RM32k . Tapi kalau bawak dkt highway sumpah kereta lain semua cicit . 


Ni motor abang Azwin , Ducati HyperMotard , harga RM70k . bila kita org bosan2 , kita org lepak bawak motor besar ni la , padahal motor pinjam je . haha . Pun jadi lah . 

bab 184

Sekarang ni minat aku lebih cenderung kepada Ayam Sabung dan Motor Berkuasa Besar . Yang ayam sabung tu jangan salah anggap , aku cuma minat bela je tambahan ayam sabung ni mempunyai keunikan yang tersendiri , that's why aku bela . Lagi pun memang dari kecil lagi aku memang pencinta ayam tak kira la ayam sabung ke ayam serama ke semua aku dah pernah bela . Antara ayam yang aku ada seperti tertera di bawah ini :


Ayam Sabung baka Pama+Bangkok+Pakhoy . Masa beli umur 3bulan , sekarang dah 5bulan . Harga RM180 time beli . 


Ayam Sabung baka Saigon+Pama . Umur 7bulan . Harga RM270 time beli . 


Ayam Sabung Ara baka Pakhoy Brazil . Umur 7bulan . Harga RM320 time beli . 


2 ekor ayam ni lah teman aku masa bosan2 , tapi sekarang yang atas dah jual , bawah pun sama dah jual . Jual sebab nk amik ayam laga dewasa .


Ayam laga ni taktau baka apa , time beli tu owner asal kata dah 2kali champion , harga RM500+ , ada buah patah besar , sekarang ayam ni dkt rumah along utk dijadikan pembaka .



Ayam sabung 100% Pure Saigon , harga RM700+ time beli . 



Ayam sabung Pakhoy , umur baru 6bulan , harga dirahsiakan . 

bab 183

Assalamualaikum . Lama aku tk post cerita baru dkt blog aku ni . Kesian dia . Sekarang dah bulan June , bermulalah Semester 2 aku dkt UiTM Alor Gajah , Melaka . Alhamdulillah setakat ni aku gembira dan seronok dkt sana , kawan2 pun semua baik2 belaka . Aku pun taktau nk cerita apa lagi , cuma harap korang enjoy la tengok gambar2 aku pada semester lepas .


Ni lah kolej kediaman aku , Kolej Tun Perak . Satu bilik hanya 2 orang sahaja , sangat selesa . 


Ni masa awal semester aku kena tahan wad sebab kekurangan air dalam badan , maklumlah berjalan sehari dalam UiTM ni je aku rasa lebih 4km kot . 


TPK 235 , itulah nombor bilik aku . 


Ni masa nak buat hakka , rambut kena terpacak sikit baru nampak ganas .