Friday, October 18, 2013

bab 210

Politik dan Melayu dalam era moden memang tidak dapat dipisahkan. Namun politik Melayu ada pelbagai cabang. Samada berpihak pada kerajaan atau pembangkang. Kerana politik, Melayu yang sekarang bukanlah Melayu yang dahulu. Melayu yang dahulu baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang berpolitik kerana memperjuangkan nasib anak bangsa untuk kesenangan generasi mendatang, tetapi Melayu yang sekarang (tidak semua) terlalu banyak retorik politik dilaungkan sehingga menyaksikan Melayu itu sendiri yang rugi. Berpolitik adakah mahu memperjuangkan nasib anak bangsa? korupsi? kolusi? nepotisme? Wallahua'lam.

Politik moden mengajar kita menyokong pemimpin berdasarkan kebolehan individu tersebut, bukan berdasarkan parti (tidak semua). Kalau parti bagus, tapi calon parti tersebut tidak ada sifat kepimpinan ianya umpama mencurah air ke daun keladi sahaja. Awlawiyat siasi mereka bukan untuk perubahan tapi hanya untuk tengkorok peribadi.

Fikir-fikirkanlah betapa ironisnya peribahasa lama yang menceritakan tentang seorang yang bodoh sombong kerana marahkan nyamuk, habis semua kelambunya dibakar. Melayu usah bersikap apologetik dalam pertahankan hak keistimewaan Melayu itu sendiri.

Kerana politik, Melayu sesama Melayu berbalah,
Kerana politik, Melayu ditertawakan,
Kerana politik, Melayu sanggup guna cara kotor untuk berkuasa,
Kerana politik, Melayu menghasut seantero Malaya untuk gulingkan kaum Melayu sendiri,
Kerana politik, Melayu lupa diri,
Kerana politik itu akan terus kotor selagi ianya tidak dibersihkan.

Suatu hari mendatang, pasti akan ada hamba Allah SWT yang tampil dan perbetulkan persepsi rakyat bahawa politik itu tidak akan kotor selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment