Friday, May 17, 2013

bab 204

Apa pendapat anda kalau anda dihentam oleh bekas guru anda sendiri disebabkan anda pro-BN dan guru anda itu pro-Pembangkang? Ini bukan sekali aku kena, tapi lebih daripada 3 kali. Bukan aku seorang sahaja yang kena hentam disebabkan aku pro-BN, malah rakan-rakan aku yang bersefahaman sama dengan aku juga turut dihentam.

Pada pendapat aku apabila seorang guru berkelakuan sedemikian terhadap bekas anak murid dia sendiri, ianya sangatlah tidak profesional kerana dia tidak boleh menerima pandangan orang lain. Kalau dia profesional, dia takkan hentam orang lain bahkan anak muridnya sendiri. Aku agak kecewa juga la sebab seorang bekas guru yang aku hormati tiba-tiba hentam aku sebab berbeza fahaman politik. Itu sangat tidak boleh diterima.

Paling aku kecewa apabila dia melabel aku sebagai "you're still a kid" "kurang ajar" dan "tidak matang". Bagi aku apabila seseorang itu melabel orang lain dengan panggilan sedemikian, sebenarnya orang yang menggelar tersebut yang kurang ajar dan tidak matang. Sebab apa? Dia takde bukti yang kukuh bahkan memang tiada  bukti untuk gelar aku sedemikian. Di sini aku nak tunjukkan status aku dekat facebook yang berkaitan dengan politik. Aku nak anda yang membaca ni baca betul-betul status aku dan nilaikan samada aku ni "kurang ajar" atau "tidak matang". Tunjukkan dekat aku ayat yang mana mengatakan aku kurang ajar dan tidak matang.

Untuk pengetahuan anda semua, selepas sahaja guru ini menghentam aku kaw2 punya, dia terus block and unfriend aku dari facebook. Kalau berani buat apa nak lari? Kalau rasa diri itu benar mengapa harus menghilangkan diri? Anda sudah besar, anda boleh fikir sendiri.



Dibawah ini conversation antara aku dan cikgu aku yang label aku kurang ajar tu. Anda baca dan nilai ayat siapa yang kurang ajar dan siapa yang mulakan dulu.


KONKLUSINYA:

Jangan gelar orang kurang ajar dan tak matang tak tentu pasal. Cermin diri dulu sebelum melempar tuduhan terhadap seseorang. Kalau anda seorang yang matang, anda sebagai seorang guru tidak akan melemparkan tuduhan sebegitu rupa terhadap bekas anak murid anda sendiri. Ingat, anda sebagai seorang guru yang pasti cukup ilmu di dada perlu berfikir secara rasional dan tolak segala ketaksuban demi perpaduan bukannya kehancuran. Saya takkan lupa kata-kata anda sebagai bekas guru saya dan saya akan buktikan suatu hari nanti kita tengok siapa yang benar dan siapa yang salah. Sekian. Semoga anda berjaya dalam sektor kerajaan walaupun anda sangat anti-kerajaan. Sekian.

Wednesday, May 15, 2013

bab 203

Barisan kabinet baru Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun diumumkan oleh beliau pada hari Rabu, 15 Mei 2013.  Dengan harapan barisan kabinet baru ini mampu untuk mengembalikan keyakinan rakyat dengan ciri-ciri keseimbangan yang boleh diterima oleh semua pihak.

Untuk pengumuman, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi kini telah disatukan dibawah satu kementerian iaitu dibawah portfolio Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.

Senarai Menteri Kabinet Baru 2013

Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri (Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I)
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Dato' Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
YB Hajah Nancy Shukri
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu
Datuk Seri Shahidan Kassim
Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

Timbalan
Datuk Razali Ibrahim
Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

Menteri Kewangan II
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Timbalan
Datuk Ahmad Maslan

Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II
Datuk Seri Idris Jusoh

Timbalan Menteri Pelajaran I
Datuk Mary Yap Kain Ching

Timbalan Menteri Pelajaran II
YB P. Kamalanathan

Menteri Pertahanan
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

Timbalan
Datuk Abdul Rahim Bakri

Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (Pemangku)

Timbalan
Datuk Ab. Aziz Kaprawi

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan
Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menteri Kerja Raya
Datuk Fadilah Yusof

Timbalan
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan 
YB Hamim Samuri

Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Anifah Aman

Timbalan
Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Hassan Malik

Timbalan
Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanifah (Senator)

Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Timbalan
Datuk Jailani Johari

Menteri Sumber Manusia
Datuk Richard Riot

Timbalan
Datuk Ismail Abdul Mutalib

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan
Datuk Alexander Nanta Linggi

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Hj. Abdul Rahman Dahalan

Timbalan
Datuk Halimah Saddique

Menteri Belia dan Sukan
YB Khairy Jamaluddin

Timbalan
Datuk M. Saravanan

Menteri Kesihatan
Datuk Seri S. Subramaniam

Timbalan
Datuk Seri Hilmi Yahaya

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Timbalan
Datuk Dr. Loga Bala Mohan (Senator)

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Seri Douglas Unggah Embas

Timbalan
Datuk Noriah Kasnon

Menteri Tenaga, Teknologi dan Air
Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan
Datuk Seri Mahadzir Khalid

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan
Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Datuk Seri Nazri Aziz

Timbalan
Datuk Joseph Salang

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk G. Palanivel

Timbalan
Datuk Dr. James Dawos Mamit

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Rohani Abdul Karim

Timbalan
Datuk Azizah Mohd Dun

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Dr. Ewon Ibin

Timbalan
Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah


RINGKASAN:

Perdana Menteri: 1
Timbalan Perdana Menteri: 1
Menteri: 30 (Termasuk Timb. Perdana Menteri)
Timbalan Menteri: 27
Jumlah Kementerian: 24
Jumlah Senator Sedia Ada: 1 orang
Jumlah Senator Akan Dilantik: 5 orang
Jumlah BackBenchers: 82 orang



Sunday, May 12, 2013

bab 202

Jika dipanggil si petualang, marah.
Jika dipanggil si kitol, akan melenting.
Hakikatnya, tidak payahlah memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.
Mempersoalkan ke mana hilangnya demokrasi tapi diri sendiri mengamalkan hipokrasi.
Mengadakan perhimpunan "Suara rakyat, suara keramat".
Tapi rakyat tidak sedar mereka telah ditipu dengan sewenang-wenangnya.
Kerana apa?
Kerana setiap undi merupakan suara rakyat.
Terimalah ketentuan Allah SWT.
Usah heret rakyat ke jalanan sedangkan diri sendiri tidak berada di jalan yang betul.
Usah heret rakyat ke pentas politik melampau.
Main politik, mainlah dengan betul.
Jangan menyusahkan rakyat negara ini yang pasti dipandang serong dengan pelbagai tohmahan.
Datuk Seri Najib sedang berusaha memperbaiki imej negara, ditentang.
Datuk Seri Najib sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara, ditentang.
Sampai bila hendak menjadi golongan pengacau?
Membangkang biarlah untuk membina bukannya menghina.
Jika hendak menjadi Perdana Menteri sekalipun, carilah usaha serta jalan yang lebih mulia lagi.
Jangan memburuk-burukkan negara sendiri dan minta simpati daripada anasir luar.
Banner "AMARAN: Orang Luar Jangan Masuk Campur Politik Kami" ketika PRU 13 di bahu jalan.
Tetapi golongan mereka juga yang minta tolong kepada Barack Obama sejurus mereka kalah.
Adakah ini bukan minta tolong daripada orang luar?
Inilah yang dinamakan "sudah ludah, jilat balik"
Ingatlah, hal negara bukan boleh dibawa main.
Sekali tersilap langkah, generasi akan datang yang menanggung akibatnya.

Friday, May 10, 2013

bab 201


PRU 13 sudah pun melabuhkan tirainya. Rakyat Malaysia sudah pun memilih kerajaan yang mereka ingini. Akan tetapi masih ada suara-suara nakal yang tidak habis-habis menghentam ketelusan SPR. Wallahua'lam.

Aku ingin mengulas lanjut tentang reaksi sesetengah pemimpin yang tidak boleh terima kekalahan pada PRU 13 kali ini. Tohmahan-tohmahan bertali arus dilemparkan kepada pihak SPR. Mereka kata keputusan PRU 13 ini tidak adil dan tidak sah sebab SPR pilih bulu dalam membahagikan undi. Kalau SPR tidak adil dan tidak telus, kenapa di negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor mereka boleh menang? Dan kenapa mereka tak pertikaikan kemenangan mereka di negeri-negeri tersebut? Itu persoalannya. Kalau mereka kata SPR tipu dalam pengiraan undi, mustahil ianya boleh berlaku sebab apa? Sebab aku pun petugas SPR, aku tahu petugas SPR kira undi macam mana. Agent calon daripada parti masing-masing ada dalam bilik kira undi tu perhatikan petugas SPR bahagikan undi macam mana. Apa? Agent calon tu buta ke tak tengok petugas tu buat kerja? Sebab itu lah agent calon dilantik untuk mengelakkan syak wasangka penipuan dalam pengiraan undi. Sebelum nak fitnah sana sini tolong guna akal untuk bertindak.

Mereka kata SPR kotor sebab mereka kata PR menang dalam kiraan undi pertama, tapi bila calon PKR dari Lembah Pantai iaitu Nurul Izzah tewas dalam kiraan undi pertama dan calon BN iaitu Raja Nong Chik kalah dalam kiraan undi penuh mereka tidak pertikaikan. Setiap kali PRU mereka kata PRU paling kotor. Mereka menang besar di negeri Selangor mereka tak kata pulak SPR tipu? Masing-masing dah besar, masing-masing boleh fikir sendiri.

Tanggal 8 Mei 2013, Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" untuk membantah keputusan PRU 13. Tanggal 9 Mei 2013 pula PR di Selangor mengadakan majlis kesyukuran atas kemenangan PR di Selangor pada PRU 13. Aku sebagai rakyat Malaysia yang masih boleh berfikir menggunakan akal, daripada sini kita dah boleh nampak permainan politik kotor yang cuba dimainkan oleh mereka-mereka ini. Kerana apa? Anwar sangat lantang menentang keputusan PRU 13 yang didakwanya tidak adil. Tapi yang peliknya, mereka bantah keputusan ini tidak adil bagi mereka, tapi mereka sendiri iktiraf kemenangan mereka di Penang, Kelantan dan Selangor. Kalau betul Anwar Ibrahim ada prinsip, jangan iktiraf kemenangan PR di 3 buah negeri ini, jangan angkat sumpah bentuk kerajaan di negeri-negeri in. Jaja fitnah sana sini kata PRU 13 tidak adil, tapi kenapa pula dekat negeri yang mereka menang mereka tidak pertikaikan? Sebelum cakap biar pakai akal! Yang pengikut-pengikut dia terlalu taksub dengan dia ni pun meng-ia kan sahaja apa yang dia cakap semuanya betul. Tapi yang pelik, Anwar Ibrahim sahaja yang bantah keputusan PRU 13 ni, pemimpin-pemimpin PR yang lain terima ketentuan Allah SWT. Mungkin beliau tidak senang duduk sebab tak dapat duduk kerusi Perdana Menteri? Wallahua'lam. 

Seperti yang kita ketahui di Selangor, PAS dan DAP memenangi lebih kerusi DUN daripada PKR. Tapi PKR kata kepada PAS jangan masuk campur urusan perlantikan kerusi Menteri Besar. Di sini aku nk bagi tahu, kalau Khalid Ibrahim kekal menjadi MB Selangor, mana keadilan disitu? Kerusi MB harus diberi kepada PAS. PAS usah tunduk dengan permainan politik kotor yang hanya gilakan kuasa.

Jangan guna slogan UBAH kalau diri sendiri tidak berubah. Jangan guna slogan Ini Kali Lah kalau bahasa Melayu pun tak betul. Kali Ini Lah baru betul! Jangan rosakkan bahasa Melayu! Usah heret rakyat dalam kancah politik melampau. Maju kehadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat. Tak dinafikan  Melayu mudah termakan dengan kata-kata hasutan berbaur perkauman walaupun ianya ditujukan kepada kaum Melayu itu sendiri. Sedarlah wahai Melayu!

Sejak PRU 1999 hingga PRU 2008, sebanyak 20 hingga 40 petisyen dibuat di mahkamah pada setiap pilihanraya untuk cabar keputusan. Banyak yang gagal untuk kemuka bukti yang sahih. Jika tak puas hati, buat petisyen keputusan pilihanraya dalam tempoh 21 hari selepas diwartakan. Mahkamah wajib selesaikan kes tidak lebih dari 6 bulan. Sampai sekarang belum ada satu kes pengundi hantu berjaya dibuktikan melalui petisyen mahkamah (seperti yang didakwa oleh puak PR) dan ianya sekadar dakwaan jalanan sahaja. Proses demokrasi membenarkan sesiapa sahaja cabar keputusan. Gunakan saluran undang-undang untuk buktikan kesalahan pilihanraya (jika ada).

Akhir kata, ada jurang diantara mereka yang berkata-kata berdasarkan fakta dan mereka yang berkata-kata berdasarkan daripada sumber yang mereka sendiri tidak pasti kerana ketaksuban melampau yang mereka sendiri tidak sedar.


Sekian.