Sunday, May 15, 2011

bab 174


Assalamualaikum ,
Sebagaimana yang korang ketahui , hari ini adalah hari terakhir aku di PJ sebelum berangkat ke PLKN . Lepas ini, aku akan melangkah ke alam kehidupan yg lebih mencabar . Selama 17 tahun 9bulan 9hari duduk menetap dgn keluarga sendiri ni , lepak dengan membe2 ! banyak kenangan suka dan duka yang tak akan aku lupakan .
Yang pastinya , perkara yang paling takkan dapat aku lupa adalah kawan2 aku yang majoritinya semua baik2 , jambu2 , cantik2 , handsome2 , comel2 , gedang2 , serta otak mereka yang gila2 ! . paling tk blh lupa time lepak , tengok wayang , keluar , main futsal sama2 . korang memang terbaik antara yang terbaik dalam kalangan semua kawan2 aku .
Kesempatan yang ada ini juga , aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan . Sepanjang tempoh aku berkawan dengan korang , dah pasti ada kesilapan dan kesalahan yang akui buat . Segala teguran dan
nasihat korang Insya Allah akan aku sematkan di dada .
Harapan aku bila aku pergi sana nanti , semoga rakan-rakan aku akan terus berusaha dengan gigih bila
berada di mana2 tmpt , tak kira la Universiti ke Kolej ke . Semoga korang semua berjaya dan berjaya dengan apa yang korang buat , dan akan menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan . Kalau ada kelapangan , hujung2 minggu sabtu ke ahad ke text la aku . nanti Insya Allah aku reply :D
Aku akhiri ucapan aku dengan serangkap pantun.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
by AQAROOT .

No comments:

Post a Comment