Sunday, May 15, 2011

bab 174


Assalamualaikum ,
Sebagaimana yang korang ketahui , hari ini adalah hari terakhir aku di PJ sebelum berangkat ke PLKN . Lepas ini, aku akan melangkah ke alam kehidupan yg lebih mencabar . Selama 17 tahun 9bulan 9hari duduk menetap dgn keluarga sendiri ni , lepak dengan membe2 ! banyak kenangan suka dan duka yang tak akan aku lupakan .
Yang pastinya , perkara yang paling takkan dapat aku lupa adalah kawan2 aku yang majoritinya semua baik2 , jambu2 , cantik2 , handsome2 , comel2 , gedang2 , serta otak mereka yang gila2 ! . paling tk blh lupa time lepak , tengok wayang , keluar , main futsal sama2 . korang memang terbaik antara yang terbaik dalam kalangan semua kawan2 aku .
Kesempatan yang ada ini juga , aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan . Sepanjang tempoh aku berkawan dengan korang , dah pasti ada kesilapan dan kesalahan yang akui buat . Segala teguran dan
nasihat korang Insya Allah akan aku sematkan di dada .
Harapan aku bila aku pergi sana nanti , semoga rakan-rakan aku akan terus berusaha dengan gigih bila
berada di mana2 tmpt , tak kira la Universiti ke Kolej ke . Semoga korang semua berjaya dan berjaya dengan apa yang korang buat , dan akan menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan . Kalau ada kelapangan , hujung2 minggu sabtu ke ahad ke text la aku . nanti Insya Allah aku reply :D
Aku akhiri ucapan aku dengan serangkap pantun.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
by AQAROOT .

Monday, May 2, 2011

bab 173

Hari Sabtu jugak dalam pukul 4.30ptg aku , Nik Ariff , Acap n Syafique balik kampung aku yang terletak di Melaka Bandaraya Bersejarah . AKU YANG DRIVE NAIK KERETA AYAH AKU :D . Sampai je dekat sebelum nk masuk seremban tu jalan punya la jam , sampai la Ayer Keroh . dah nk pukul 8mlm baru la smpai kampung akuuu . Sabar jelaaaa .

Honda Civic

Tidur je kerja mamat sebelah aku ni -.-'

Smart TAG *penyelemat kita org daripada beratur panjang dekat Tol  .

Sampai je kampung akuu , ayah , mak , Mak Uda , sepupu2 aku , nenek aku pon ada . hehe . apa lagi salam la dorang semuaaa . Pastu kita org makan jap , dalam pukul 9pm Syafique pulak tak hbis2 nk satay . aku pon bawak la dorang menjelajah negeri tu semata-mata nak makan satay punya pasal . punya la susah nk jumpa kedai yg jual satay . aku pon pergi la bawak ke Jasin . haaaaa , jumpa ponn . haha . punya la gembira dorang -.-'


Balik je dari makan satay masing2 punya perut dah kenyang . so , apa lagi . jadi ular sawa laaaaaaaaaaaa . haha . Paling awal tidur acap , dia mmg mat tido . pukul 11 lebih dia dah tidur . Aku dengan Nik Ariff tidur pukul 4 sbb bergosip , plus sepupu aku sakit , so terpaksa cari tempat berubat sbb ni melibatka makhluk halus . so yeahhh . mula2 pergi dekat kampung sebelah , pastu orang tu pulak takde , so terpaksa pergi Muar , Johor . hehe . Syafique pon pukul 4 jugakk sbb dia khusyuk main PSP .

MAT TIDO

Bangun je pagi terus tengok lembu , dengan tak mandi nyaaa . haha .

Muka bangun tidur (Y)

Cendol *boleh TAMBAH BANYAK KALI FOR FREE !





bab 172

Hari Sabtu hari tu dlam pukul 9.30am dah bangun dah . bangun2 je aku tgk acap tgh tido lagi kt sebelah akuu -.-' . tidur je kerja mamat ni . mak , ayah aku balik kmpung . kakak2 aku plk dengan suami masing2 . so yeahh , aku sorang je kt rumah , tu yang ajak acap tido rumah tuu .

Bangun2 je aku terus kemas tilam semua , mandi , buat la apa yang patut . haha . pastu start enjin kereta terus gerak rumah Nik Ariff amik diaa , pastu gerak SS15 plk amik Azhad . Pastu terus gerak Petronas lepas Tol Batu Tiga tu , sbb Shazmi tunggu kat situuu . Nasib baik la ada "Smart Tag" . takde la aku kena beratur panjang kat Tol tu . haha . Sampai je Petronas Shazmi , Adi n Amirul tgh lepak sambil minum . Pastu kita orang ponn join la lepak sekali , sambil tunggu Shazmi aku makan jap sbb lapar tak terkata . 40minit kemudian Nafis pun muncul dengan kereta Persona dia . haha . masing2 dengan kereta masing2 . cehhh . gaya mcm kereta sendiri . padahal kereta ayah !

Pastu aku mengetuai rombongan Pak Mat ke Majlis Perkahwinan Kakak Nazry Haziq kat Section 24 , Shah Alam . dalam 15minit dah smpai dahh . sampai je terus jumpa nazry , salam ayah dia semua . haha . pastu masing2 dah lapar amik makanan agak tak ingat dunia . Pastu lepas makan apa lagi , bergambar lerrr teman dengan rakan2 . haha .