Friday, October 16, 2009

bab 17

aku buat benda ni khas untuk ZAKIY RAHIM B. HISHAM yg bakal meninggalkan SMK (L) Bukit Bintang. dia dpt tawaran ke Sekolah Sukan Bandar Penawar. wlaupun dia xnak gerak sekolah sukan tu sebenarnya, atas permintaan ayh dia, dia pon pergi. aku tau hati dia amat berat untuk tinggalkan BB sbb aku tau dia syg BB. hahah. klau zakiy baca blog aku ni aku harap dia berjaya main utk Malaysia 1 hari nanti. Aku yakin 100% Zakiy tak ada masalah pny, mesti dpt wakil Malaysia bln 12 ni n pergi ke Korea Selatan. bru form 4 baii, dh dpt pergi Korea kn. kira hebat la tu. bak kata Zakiy yg aku pegang smpai skrg "Bkn susah pon dpt main Selangor'! tak tau la klau dia igt lg ke x kan kata2 dia ni. hahaha. wlaupon selalu ponteng skolah, tp dalam ragbi dia serius gila, lg2 dh nk dkt tournament. aku tau kau mmg permata ragbi di BB yg sukar dicari ganti. cehhh. thun dpn bru nk angan2 jd JOHAN CUP MSSD. tp, Zakiy dh nk bla kn, tak tau la mcm mana ragbi BB nanti, wlaupon apa pon, dia ada ckp kt aku "korg buat lah yg terbaik utk BB", jgn hampakan coach, bwk blik CUP dkt BB, dh brp tahun BB asyik Naib Johan CUP je, bln 8 bru2 ni, target blh la mng CUP sbb time final tu lwn Teknik Shah Alam, lg pon time friendly BB mng. PUNDEK PUNYA REFEREE!!! mcm kena bayar je, smpai zakiy try dia bkn nk tiup wisel, dh la Zakiy kena tumbuk smpai hidung patah pon dia buat tak tau je, nmpaknya aku lah kena ganti main INSIDE nanti , posisi zakiy, bkn sng baii nk ganti tmpt dia. tp, aku akan cuba sedaya upaya aku. akhir kata, PUKIMAK PUNYA REFEREE!!! aku jumpa dia kt luar, aku botakkan kepala dia lg. MANGKOK BETOL!!!


KEJOHANAN RAGBI PERSAHABATAN JEMPUTAN COBRA 2007
NAIB JOHAN CUP

BB BULLS (KEJOHANAN RAGBI MSSD PETALING UTAMA 2008)
NAIB JOHAN CUP


SEMASHUR lwn HONG KONG (zakiy as a import player)


PASUKAN RAGBI SELANGOR U-18



KORANG BACA SIKIT PETIKAN DARI SUKANDAILY.COM NI!! BACA AWW!!!

SUKANDAILY.COM
SELANGOR JUARA BERGANDA RAGBI U18 & U12 MSSM 2009

STADIUM HANG TUAH MELAKA, 21 Mac 09 - Selangor muncul juara berganda setelah memenangi kedua-dua kategori iaitu bawah 12 tahun dan kategori bawah 18 tahun di Kejohanan Ragbi MSSM siang tadi. Dalam perlawanan akhir kategori bawah 18 tahun, Selangor telah mara bertemu Kelantan yang juga merupakan juara bertahan tahun lalu.

Menurut Pengerusi Teknik Ragbi MSSM, YM Cikgu Raja Idris Raja Ali berkata mutu permainan ragbi peringkat MSSM telah meningkat dengan baik dan persaingannya amat sengit pada tahun ini.

"Kita dapat lihat Wilayah Persekutuan Labuan dan beberapa negeri lain telah menunjukkan mutu permainan yang bermutu tinggi dan lebih baik berbanding tahun-tahun lalu, ini
merupakan satu kejayaan dalam program pembangunan sukan ragbi peringkat MSSM." Ujar beliau.

Separuh masa pertama, Kelantan penguasai permainan dengan mempamerkan corak permainan pantas yang lebih berkisar kepada gerakan di barisan Back Line mereka. Stand Off Kelantan, Mohd Nazreen Fitri Nasrudin melakukan sepak mula dan terus mengatur serangan bertubi-tubi ke atas pasukan Selangor.

Selangor di lihat agak tertekan dalam separuh masa pertama kerana barisan Forward mereka lebih banyak menyimpan bola serta kesinambungan di antara gerakan Forward dan Backline Selangor terputus di tengah-tengah. Kelantan memanfaatkan peluang keemasan yang ada dengan mencuri ruang di antaranya yang membolehkan pemain Inside Centre Kelantan, Zulkifli Azmi melakukan dua Try pada minit ke dan minit 38. Kedua-dua tendangan Conversion berjaya disempurnakan oleh Mohd Nazreen Fitri Nasrudin namun sebaliknya beliau gagal menyempurnakan satu tendangan penalti pada minit ke 3 perlawanan.


Dalam pada itu Selangor terus melakukan asakan di barisan Forward sehingga muncul peluang mata pertama untuk Selangor pada minit ke 3o. Scrum Half Selangor , Mohd Akmal Mohd Noor bijak mencari ruang dan melakukan Try pertama Selangor. Tendangan Conversion disempurnakan oleh Stand Off Selangor, Mohd Faiz Abd Rashid. Separuh Masa Pertama; Selangor 7 Kelantan 14.

Separuh masa kedua, Ketua Jurulatih MSSM Selangor Cikgu Azlan Ishak ternyata menukar sepenuhnya corak permainan dan permainan mula di kuasai oleh Selangor. Stand Off Selangor, Mohd Faiz Rashid lebih banyak mengatur gerak dan barisan Forward Selangor mengasak Kelantan di kawasan 22 Meter pihak lawan. Penguasaan Selangor telah membuahkan 4 Try dalam separuh masa kedua; Mohd Akmal Mohd Noor menyumbangkan Try kedua pada minit ke 43, Zakiy Rahim Hisham melakukan dua Try pada minit ke 48 dan minit ke 75 serta Muhammad Afdzal Ridzwan melakukan Try pada minit ke 56. Kesemua tendangan Conversion disempurnakan oleh Mohd Nidzuan Roslan.

Sebanyak tiga Kad Kuning dilayangkan, dua daripadanya dilayangkan kepada pemain Kelantan pada minit ke 27 dan minit ke 43 manakala satu Kad Kuning dilayangkan kepada Selangor pada minit ke 70.

Selangor muncul Juara MSSM U18 dengan menewaskan Kelantan (35-14). Selangor turut berjaya membolot kejuaraan ragbi MSSM U12 setelah menumpaskan pasukan Perak. Kali terakhir Selangor muncul Juara MSSM ialah pada tahun 2004. Pada masa itu MSSM Selangor turut berada dibawah kelolaan Jurulatih yang sama dan berkaliber, Cikgu Azlan Ishak dari SMK Taman Kosas.

sukandaily.com

No comments:

Post a Comment