Assalamualaikum . Kali ni aku nk berkongsi cerita tentang kawasan kt rumah aku iaitu Taman Dato' Harun , Taman Medan dan kawasan yang sewaktu dengannya . Aku pun tktau nk mulakan mcm mana ni sbb hati ni ternyata kecewa sebab apa ? Sebab bukan aku taktau budak2 yang culture shock ni yg menetap dkt Taman Medan ni kononnya rasa terhina sebab yela malu bila kawan tanya "kau duduk mana?". Nak jawab pun rasa malu sebab maklumlah kawasan Taman Medan ni blh dikatakan kawasan hitam jgk dkt Selangor ni . Aku betul2 kecewa , memang masing2 ada pandangan masing2 , tp janganlah sampai mcm tu . Aku dibesarkan dkt kawasan ni , aku rasa tk perlu rasa malu untuk mengaku yg kita menetap dekat sini . Aku berani jamin , cari la dkt mana2 kawasan dkt PJ ni selain Taman Medan , bezakan semangat kejiranan Taman Medan dengan kawasan lain . Berani cakap la , dkt kawasan lain semangat kejiranan memang susah nk nampak , kt Taman Medan ni semua mcm adik-beradik dah , dengan makcik2 jiran ni mcm mak sendiri dah . Aku memang kecewa dengan segelintir mereka yang menggelabah ni yang lebih2 pulak malu nk mengaku duduk sini , kalau malu boleh pindah tempat lain la . Lantak orang nk hina kita duduk sini ke apa , bukan menyusahkan dorang pun . Orang yang masuk sini lepastu cakap kawasan kt sini lain mcm la apa la , rumah pun tk lawa la apa la , cakap depan2 la kalau kau rasa nk lama hidup , ni Taman Medan ! Sekali kau buat taik kt sini , memang silap besar . Takut2 kau tk jumpa jalan keluar je nanti . Sebelum cakap , fikir dulu . Terlajak perahu boleh berundur , terlajak kata tak boleh berundur . Sekian
Diablo 4 Buy Account
2 years ago