Hari ni aku nak menyuarakan pandangan aku pasal "POLITIK MALAYSIA MASA KINI" . Aku terpanggil untuk buat benda ni sebab aku rasa kita hidup dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ini kita kena saling bertukar pendapat antara satu sama lain .
Walaupun aku masih dalam usia yang masih mentah untuk berbicara pasal politik tapi aku rasa itu bukan penghalang sebab dengan semangat yang ada sudah cukup untuk ianya dilaksanakan .
Politik Malaysia masa kini dengan yang dulu aku tengok agak berbeza sebab politik Malaysia zaman dahulu lebih bersih berbanding dengan sekarang . Macam dulu , kerajaan , dan pembangkang dilihat lebih berganding bahu antara satu sama lain walaupun kadangkala ada sedikit perbalahan . Itulah yang dinamakan "asam garam dalam politik" .
Politik Malaysia zaman sekarang kalau dilihat lebih banyak perbalahan kerana pembangkang sering mengAUTAkan yang FAKTA !!! ianya berlaku mungkin disebabkan ingin mempengaruhi fikiran rakyat supaya beralih angin kepada Pakatan Rakyat . Situasi seperti ini amat berbahaya kerana apa ? kerana rakyat akan tertipu dengan kenyataan yang dikeluarkan secara tidak langsung dipengaruhi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab .
Kalau dilihat manifesto-manifesto yang dikeluarkan semasa Pilihanraya kebanyakan parti-parti akan menjanjikan pelbagai janji-janji manis , inilah yang dinamakan "tanam tebu di tepi bibir" . Tahniah kepada parti yang berjaya menunaikan janji mereka . Dengan manifesto sahaja rakyat akan terpengaruh dengan mudah . Buktinya dapat dilihat apabila parti pembangkang dapat menawan 6 buah negeri pada Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12) . Tetapi apa hasilnya setelah mereka menjadi kerajaan negeri ? banyak masalah timbul ketika mereka memerintah . Baru memerintah negeri dah kucar-kacir , ada hati nak memerintah negara ? Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia . Ini berkaitan dengan nasib generasi pada masa akan datang .
Kalau kita lihat , seorang demi seorang orang kuat pembangkang keluar dari parti kerana mereka hilang kepercayaan terhadap pimpinan parti mereka sendiri dan mereka telah terbangun dari lena yang panjang bahawa parti mereka ada agenda tersendiri . Aku tak terkejut kalau semua negeri yang pembangkang memerintah sekarang jatuh ke tangan BN semula . Pada PRU 12 Selangor jatuh ke tangan pembangkang mungkin kerana Khir Toyo menghadiahkan "Penyapu Sampah" kepada pegawai-pegawai kerajaannya . Rakyat marah dengan tindakan beliau !!! Jangan sampai pisang berbuah 2 kali . Jadikan lah ia sebagai pengajaran dan iktibar supaya perkara seumpama itu tidak berulang lagi .
Dengan lingkungan umur aku yang baru menjangkau 18tahun aku mengaku aku masih mentah nk berbicara soal politik ni . Aku berpegang kepada prinsip "GENERASI MUDA PEMIMPIN MASA HADAPAN" . Kebanyakan generasi seusia dengan aku mungkin lebih cenderung kepada dunia fesyen , muzik da sebagainya . Tapi aku rasa pada masa yang sama kita kena amik tahu pasal benda ni , kita juga tidak sedar sebenarnya kita setiap hari berpolitik dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari .
Sedarlah wahai generasi muda , kita punya zaman yang bakal mendatang lebih banyak liku onak dan duri yang harus kita tempuhi . Jangan terlalu ikutkan emosi sampai termakan diri sendiri seterusnya generasi kita yang akan datang sendiri yang akan merana . Sanggup ? kalau tak sanggup buatlah pilihan yang terbaik demi negara Malaysia yang tercinta ini .