Hari ni aku nk cerita sikit pasal diri aku . Bila korang baca mungkin korang akan tergelak dan pelik kerana mungkin dalam kepala otak korang akan berkata minat aku ni mcm orang tua .
Kebiasaannya , remaja sebaya aku lebih cenderung membaca buku cerita , yang bertemakan aksi , lawak jenaka dan cinta . Tapi lain pula aku , minat aku lebih cenderung kepada buku yang berkaitan dengan politik dan sejarah ! Nak tau kenapa ? mungkin disebabkan ayah aku yang mula aktif berkecimpung dalam dunia politik sejak 8tahun yang lalu telah membuatkan aku minat dengan politik dan sejarah . Buku2 yang ada dalam rumah aku pun banyak berkaitan dengan politik dan sejarah .
Masa umur aku 15tahun minat tu semakin bertambah apabila ayah sering menceritakan selok belok dalam politik ni . Macam mana nak berjaya ?! Ayah banyak bagi semangat la dekat aku walaupun masa tu aku bawah umur lagi dan tidak sepatutnya tahu pasal politik lagi .
Kalau time pilihanraya jangan cakap la , aku dengan ayah sanggup tunggu sampai tengah malam semata-mata nak tahu keputusan pilihanraya . Keluarga aku yang lain semua pelik dengan minat aku ni sebenarnya . Nak buat mcm mana kalau dah minat .
Lagi satu kalau ayah pergi berkempen ke pilihanraya kecil , time dia otw balik rumah and dia taktau keputusan terkini . Ayah akan call aku tanya keputusan terkini .
Tapi sejak 2tahun yang lalu bila Ketua Bahagian dia menyertai PAS , sejak itu ayah dah slow sikit dalam arena politik ni . Bila Ketua Bahagian masuk PAS , lebih kurang 30 orang Ketua Cawangan turut serta masuuk PAS dan dan hanya 4 orang sahaja tidak menyertai mereka dan ayah merupakan salah seorang daripada 4 orang itu ! Ayah yang aku kenal berpegang pada prinsip setia kepada parti walaupun sebenarnya ayah merupakan ORANG KUAT Dato' Ketua Bahagian pada masa itu dan mungkin berlatar belakangkan keturunan politik ayah tidak turut serta lompat parti .
Pakcik ayahh yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Tun Ghafar Baba ! seorang pejuang yang blh dikatakan "low profile" sehingga beliau meninggal dunia barulah beliau menerima pingat yang membawa gelaran "TUN" . Sebelum ini beliau tidak mahu menerima sebarang pingat .
Sekarang ni aku pulak nak meneruskan legasi perjuangan atok saudara aku ! Aku ada misi dalam hidup aku yang dinamakan "MISI 5" ! Bila aku dah habis belajar dan dah ada kerja aku nak join politik dan mungkin kalau ada rezeki aku nak jadi ADUN atau Ahli Parlimen supaya suara2 nakal pembangkang dapat dikekang ! Insya Allah .
Korang mungkin akan ketawa dan mungkin jugak ada yang akan kata "BAJET LEBIH" . Aku tak kisah apa orang nk kata , misi aku adalah untuk mempertahankan hak keistimewaan melayu pada masa hadapan ! Jangan sampai kita hidup merempat walhal Malaysia ni tanah kita . Fikir-fikirkan lahh .