Monday, August 29, 2011

bab 178

Lama jugak aku tk mengUPDATE blog aku ni . Apa khabar ? Alhamdulillah :) . Okayy , taktau nk cerita apa sebenarnya -.-' . Apa yang aku blh kata cuma Alhamdulillah sebab aku dapat surat tawaran masuk ke UiTM :D . Aku akan melanjutkan pelajaran aku dalam bidang Pengajian Perniagaan di UiTM Alor Gajah , Melaka :) . Tak sia2 aku sabar selama ni , akhir nyaaa dapat jugak sambung belajar , dpt bidang yang aku nk dan tempat yang aku nakk :') . Ramai jugak la yang aku kenal kt UiTM Melaka tuu . antaranyaaa , Hafiz Azhar , Syafique , Firdaus , Atiqah Mahmud , Wazeeraah Azmi dan Sharaa Shamsulanuar . haaa . kira okay ahh ada jugak membe :p



Thursday, August 11, 2011

bab 177

Assalamualaikum , Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia ! Dah 12hari aku meninggalkan kem PLKN , banyak benda yang aku belajar kat sana , macam2 laaa . Dari awal pembelajaran iaitu dari Modul Pembinaan Karakter , Modul Budaya Kerja , Modul Kesejahteraan Hidup , Modul Fizikal dan Modul Kenegaraan !

Sebelum ni ramai yang berpendapat PLKN ni membazirkan duit kerajaan je , aku rasa SALAH sama sekali ! dorang tak masuk PLKN mana dorang tahu membazir ? aku berani jamin 99.9% pelatih PLKN akan BERSEPENDAPAT dengan aku !

Bendera kompeni DELTA

Antara pencapaian DELTA :-

1) JOHAN Persembahan "Kontrak Kita Janji" (KKJ)
2) Sukan Kreativiti : -
(a) Tikar Terbang : JOHAN
(b) Tangki Bocor : NAIB JOHAN
3) JOHAN Program Penghayatan Sastera & Budaya
4) JOHAN Dorm Terbersih
5) WIRAJAYA : -
(a) Explorace : KETIGA
(b) Pertolongan Cemas : NAIB JOHAN
(c) Kelapa Emas : JOHAN
(d) Pengkalan Terbaik : JOHAN
(e) JOHAN KESELURUHAN WIRAJAYA
6) KOMPENI TERBAIK Kem PLKN Bina Semangat , Kuala Kubu Bharu , KUMPULAN 2 , SIRI 8/2011 ,


Antara gambar2 kenangan time aku dekat PLKN : -

Bila dah lapar , MAGGI TOMYAM jadi pengalas perut *cariportcantiklepastumakan #nikmatwoo

Bila dah penatt , atas lantai pon jadi la janji dpt tidur . hehe

Kelas Intergrasi 3 , KELAS INTEGRASI TERBAIK (Y)

Gaya tidur seorang pelatih PLKN yg berasal dari Petaling Jaya .

Muka bajet ahli surau je semua .

TTS SEDIA ! *tempurtanpasenjata*

Supersaiya in the making .

Ucapan penutup WIRAJAYA

T-shirt rasmi DELTA

Bila DELTA dah menang , aku yang jadi mangsa KERAIAN dorang kena campak dlm kolah -.-'