Assalamualaikum , salam sejahtera serta salam 1 Malaysia ! Setelah sekian lama blog aku ni tak ber-update , hari ni aku nk update sikit . Hehe . Biasa la , kata tangah berkhidmat untuk negara , dah semestinya banyak benda yang aku nak cerita . Minggu pertama merupakan minggu yang agak membosankan . Faham2 jela masing2 belum kenal sangat antara satu sama lain , so agak awkward la sikit . Kat sini pukul 5pagi dah kena bangun , pukul 11malam baru habis aktiviti . Makan pulak 6kali sehari . Dalam minggu pertama dan minggu ke-2 aku belajar pasal MODUL PEMBINAAN KARAKTER . Dalam MPK ni terbahagi kepada 2 iaitu : 1) Modul 1 (SAYA) *Menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri 2) Modul 2 (KITA) *Menampilkan yang terbaik dalam diri orang lain MPK ni mengajar kita mengenali kembali diri kita yang sebenar . Kos untuk belajar MPK ni menelan kos rm4k - rm7k untuk seorang . Masuk minggu ke-3 aku belajar pasal MODUL BUDAYA KERJA pulak . Modul ni pula mengajar kita bagaimana situasi dlm pekerjaan , mentadbir sesebuah organisasi dan lain2 . Dalam modul ni ada sebuah pameran di penghujung pembelajaran MBK . dalam pameran ni , organisasi aku telah memenangi kategori "Produk Terbaik" . Pembelajaran Modul Fizikal pula iaitu pengenalan kepada Kraf Hutan dan Ikhtiar Hidup . Topik ni mengajar kita cara hidup ketika dalam keadaan darurat di dalam hutan . Selain itu , aku juga diajar cara2 memasang jerat untuk menangkap haiwan di dalam hutan . Jurulatih juga ada ajar cara memasak nasi dengan menggunakan buluh serta lauk , cara2 memasang khemah , membina tandas malam di dalam hutan iaitu dengan menanam buluh ke dalam tanah yang mana hadas kecil kita dibuang ke dalam buluh tersebut . Masuk minggu ke-5 , aku belajar MODUL KESEJAHTERAAN HIDUP . Modul ni berkaitan dengan "keluarga dan seks" . So , dalam kelas aku ada seramai 74 orang . semua belajar pasal seks . Yang malu2 tu nasib la , kena la buat muka tak malu , kena belajar jugak . Fyi , pelatih kumpulan 2 siri 8/2011 merupakan generasi pertama yang belajar modul ni . aku bangga !
Turning 20 , Business student , part time football jersey seller and in love with football, writing and politics. Lily's. YNWA. Admin We Are The Teens Of Petaling Jaya. Paramore.