Monday, August 30, 2010

bab 119

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE-53 !

1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI


Tunku Abdul Rahman dan Tun Ghafar Baba (atok saudara aku) :) ketika mengisytiharkan "tarikh kemerdekaan tanah melayu pd 21 FEB 1956" di Bandar Hilir Melaka .


Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Sunday, August 29, 2010

bab 118

MAHER ZAIN - Open Your Eye with Lyrics

All people around the world shall know what is the exact meaning of Islam .

ISLAM = PEACE

Alhamdulillah , there are signs of Allah everywhere . Allah ! i'm really amazed with all your creations.

Monday, August 23, 2010

bab 117

FADHILAT SOLAT TARAWIH

Saidina Ali telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. apa kah kelebihan2 Solat Tarawih , maka dijawab oleh Rasulullah "Orang-orang mu'min yg melakukan Solat Tarawih pada bulan Ramadhan akan mendapat kelebihan seperti berikut" : -

Malam Pertama

Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan ibunya .

Malam Ke 2

Dosanya diampuni , begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu seorang mu'min .

Malam Ke 3

Dipanggil oleh Malaikat dari bawah Arasy dengan seruan "Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu" .

Malam Ke 4

Diberi pahala yang sama dan pahala orang yang membaca Kitab Taurat , Injil , Zabaur dan Al-Quran .

Malam Ke 5

Diberi pahala seperti orang yang melakukan solat di Masjidil al-Haram di Mekah , Masjid an-Nabawi di Madinah dan Masjid al-Aqsa di Palestin .

Malam Ke 6

Diberi pahala seperti orang yang tawaf di Baitullah .

Malam Ke 7

Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan fir'aun dan Haman .

Malam Ke 8

Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim A.S

Malam Ke 9

Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Malam Ke 10

Dikurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat .

Malam Ke 11

Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa .

Malam Ke 12

Datang di hari Qiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama .

Malam Ke 13

Datang di hari Qiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan

Malam Ke 14

Disaksikan oleh Malaikat , kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari Qiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat .

Malam Ke 15

Diminta ampun oleh para Malaikat yang memikul Arasy dan kursi .

Malam Ke 16

Dibebaskan dari api neraka dan cepat masuk syurga

Malam Ke 17

Diberi pahala seperti pahala para Nabi .

Malam Ke 18

Diseru oleh para Malaikat , wahai hamba Allah , bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu .

Malam Ke 19

Diangkat darjatnya ke dalam Syurga Firdaus .

Malam Ke 20

Diberi pahala para syuhada dan solihin .

Malam ke 21

Dibina rumahnya dari nur (cahaya) di dalam syurga .

Malam ke 22

Kelak di hari Qiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan .

Malam ke 23

Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga .

Malam ke 24

Diberi pahala yang berupakan 24 permohonan dikabulkan .

Malam ke 25

Diahpuskan dari seksa kubur .

Malam ke 26

Pahalanya diangkat selama 40 tahun .

Malam ke 27

Dalam melintasi Sirat pada hari Qiamat kelak , dia dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar .

Malam ke 28

Allah mengangkat dengan 1000 darjat .

Malam ke 29

Diberi pahala 1000 haji yang mabrur .

Malam ke 30

Dipanggil dan dipersaksikan oleh Allah , Wahai hambaku , makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap diminum) serta minumlah dari telaga kausar . Akulah Tuhanmu dan engkaulah hambaku .

bab 116

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN : -

Sabda Nabi Muhammad S.A.W diberi kepada umatku 5 perkara yang belum pernah diberi kepada umat2 dahulu sebelumnya .

1 ) Bau mulutnya orang puasa lebih daripada harum kasturi di sisi Allah .
2 ) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya .
3 ) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar .
4 ) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan di gandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda , melainkan puasa maka ianya bagiKu , Aku balas kepadanya yang berpuasa menahan syahwatnya , makan minumnya kerana aku .
5 ) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhan di Akhirat .


Friday, August 20, 2010

bab 115

Di antara ciri-ciri tingkah laku yang perlu dihindarkan kerana telah menjatuhkan martabat puasa kepada tahap adat semasa ialah:

* Tidak menunaikan sembahyang fardu ketika berpuasa atau hanya bersolat pada bulan Ramadan sahaja. Sabda nabi s.a.w : Beza di antar seorang Muslim dengan syirik serta kekufuran adalah meninggalkan solat. (riwayat Muslim). Menurut sebahagian ulama salaf, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum kafir. Maka sudah pasti amalan puasa orang yang kafir tidak akan diterima oleh Allah.

* Berlebih makan ketika berbuka sehingga meletihkan badan dan menghalang daripada melakukan ibadah di malamnya. Sikap bersederhana Rasulullah s.a.w di dalam berbuka puasa perlu dicontohi sebagaimana maksud hadis: Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air. (riwayat Abu Daud, Ahmad & Al-Tirmidzi)

* Menyempitkan skop puasa hanya dengan menahan makan dan minum pada siang hari sahaja. Sedang mata, hati dan lidah tidak ditahan daripada melakukan dosa. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya. (riwayat Al-Bukhari)

* Berlebih makan ketika berbuka sehingga meletihkan badan dan menghalang daripada melakukan ibadah di malamnya. Sikap bersederhana Rasulullah s.a.w di dalam berbuka puasa perlu dicontohi sebagaimana maksud hadis: Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air. (riwayat Abu Daud, Ahmad & Al-Tirmidzi)

Saturday, August 14, 2010

bab 114

Hari ni pukul 3pagi baru tidur . -__- zzzzzzzz . Pastu pukul 12.30t/hari baru bangun tidur . heh . sampai sahur pon terlupa nk bangun . :( . bangun je tidur terus amik basuh moto . 2 biji moto korang tau tak ! dah la panas . heh . terpaksa jugakk basuh sbb moto dah lama tak mandi . heeee . habis basuh moto rehat japppp , pastu baru mandi .

Wednesday, August 11, 2010

bab 113

Today is Hari Pertama puasa . takde lahh penat sangat cuma mengantuk sikit je . Pagi tadi time sahur , agak berselera sikit makan walaupun lauk ala-ala kadar je . Nasi+telur goreng+sambal ikan bilis .

Sampai skola waktu pertama ada PJK , so kita orang lepak dlm kelas je . and tiba2 cikgu panggil aku pegi depan sbb kena bentangkan folio yg aku buat 'Isu Kekeluargaan' ! aku pon dgn selamba nya pegi depan berucap mcm penceramah dulu . pastu bentangkan laa apa yg aku buat dlm folio tu . heh . pastu dah hbis bentangkan tiba plk masa utk sesi soal jawab berkaitan dgn 'Isu Kekeluargaan' . Aku kena jawab semua soalan yg membe2 aku tanya , nasib baik aku dpt jawab . :)

Habis je skola pegi Giordano kt Amcorp Mall jap sbb nk usha harga baju yg ehemehem bali kan utk aku . :) . awww . terharu aku dohhh . Mahal jugak harga baju tuu . :')

Pastu balik tido jap , pastu pukul 3.30ptg bangun sbb ada tuition . Habis tuition pukul 6ptg . Aku , Azhar , Aqmal , Amir n Alip grk Bazaar Ramadhan jap kt Kawasan Melayu . :)

Patu balik rumah berbuka , aww nikmat gila kott dpt minum air . heee .

Tuesday, August 10, 2010

bab 112


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN
SEMOGA PUASA KITA DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T , AMIINNN !

Monday, August 9, 2010

bab 111

HAPPY BIRTHDAY TO ME AQAROOOOT !
AHMAD AQARI BIN KAMARUDDIN
-9th AUGUST 1993-
17 years old

Friday, August 6, 2010

bab 110

Hari ni ada Hari Doa . So, bdk2 kelas aku g Dewan Badminton tolong ustazah bentang tikar , and ada yg practice for Nasyid . Pastu ada buat bacaan Yasin n Tahlil .
But sebelum majlis bermula, aku dgn Ernie, zaid, Wildhan, Nafis n Azrul bergambar dulu . hahah .

KAMI ANAK MALAYSIA ! ! !


Nafis Asnawi

Ernie Azizan

Wildhan Al-Rayan

Azrul Nizam

Ernie Azizan n Ahmad Aqari

Zaid Al-Syara

Nafis Asnawi n Ahmad Aqari

Nur Syukri

Ketika sedang membaca Surah Yasin . :)

Wednesday, August 4, 2010

bab 109

today is our last PJK for this year ! maybe ? lagi pon lepas ni dah puasa plus lepas puasa nanti dah sibuk study sbb dh nk SPM . so aku rasa hari ni last PJK kita org kt skola ni. :'( . So sad u know.

Tapi time PJK tadi semua org bersemangat , but sebelum PJK kita org melantak rambutan dulu . aku bawak rambutan 1 beg plastik besar. hehe . Lepas dah mkn semua turun padang .

Masuk je padang semua semangat lain macam termasuklah aku .
Yang paling penting team aku menang hari ni 1-0 . haha . walaupun menang tipis, tp bermakna gila kott . takkan lupa smpai bila2. team Asyraf Affendy kalah . BOOOOOO .

And Zaid yg jaring kan gol menerusi tandukan maut dia hasil drpd sepakan sudut yg dilakukan oleh Aziz Corleone . Mmg byk chance la tadi , aku dpt 3 kali tanduk , tapi tak gol . bola tersasar jauh dari landasan . hahah

And kita orang main utk 3 MASA , sepatut nya 1 MASA je sbb lagi 2 MASA tu cikgu tak datang . so kita orang bodek2 cikgu yg relief utk bg kita org main lagii . hee . And cikgu relief pon cair dgn pujukan ketua kelas . So, kita org pon main laaa. And fyi, rmai gila cikgu tak datang hari ni .
Hari ni aku belajar Econs je, yg lain tak belajar sebab semua cikgu yg ajar kelas aku hari ni tak datang . so, aku menggunakan masa yg terluang dgn aktiviti TIDUR . hbis je rehat aku terus masuk kelas terus terlelap smpai la pukul 12 ! agk lama jgk laaa aku tidur . Letih kottt . heh .

Monday, August 2, 2010

bab 108

Ngantok gila baii hari ni , dah la smlm aku tido lmbt sebab kena tunggu ayh balik from Kelantan . -.- . Dia kata dlm pukul 12 t/mlm smpai . tp aku tunggu2 smpai pukul 1pagi tak smpai2 jgk . haihhhh . Aku pon apa lagi sambil dgr2 lagu terus terlelap . zzzzzzzzz

Pastu dlm pukul 3.50pagi kakak aku kejut aku , akak aku mcm 'AQIII , BANGUNN ! AYAH DAH SAMPAI , DIA SURUH AMIK SEKARANG' ! aku pon dgn mata mamai nya , bangun terus amik kunci terus g amik ayah . heh . pastu tolong dia angkat barang , bapak banyak dia borong dari Kelantan . haiyaaa . and and yang jadi mangsa nya aku sbb kena tolong dia angkat barang semua . TAPI MMG AKU PON YANG SELALU JADI MANGSA dlm adik beradik aku ni . :) . *aku dah biasa so mcm tak kesah sangatt .

Lepas dah hbis tolong angkat barang semua , ingat nak masuk bilik tidur . Sekali tu , ayah aku ckp 'AQI , TOLONG HANTAR AYAH KT OFFICE JAP, AYAH NAK AMIK KERETA' ! aku pon dgn baik hati menjawab 'OKAYY AYAH' ! :)

Pastu aku pon hidup kan enjin moto then g MEREMPIT dgn ayah . hikhik . Anak beranak naik moto , tp aku bawak laaa sbb ayah aku kepenatan . aku fahammm . :) . Time kt atas moto tu ckp korang , sejuk gila babiii kot . dah la aku dgn pkai shorts nya , mmg menggigil la kt ats moto . haiyaaa .

Smpai je office ayah , gate pulak kena mangga , pastu ayh panggil Pak Guard tp still takde orang menyahut jgk *tgh tido la tuu . heh . Pastu aku pon bunyi kan hon *PINNN PINNNNN . baru la dia bangun . dengan muka seposen dia baru bngun tido , aku time tu dah nk tergelak dah . AHAHHA . pastu time dia bukak mangga gate tu , muka dia mmg seposen habis laaa. heee . pastu lepas bukak , hantar ayh pergi kt kereta dia . pastu dah amik kereta aku dgn ayah chaw . Pak Guard tadi terduduk kejap kt tembok sebab tgh termenung . hahah .

Pastu time balik aku naik motor , ayah naik kereta . heh . Ayah jalan dulu , aku ikut dari belakang . konon mcm VIP la enn ada orang ikut dari belakang . ahahah . podahhh

Smpai je rumah terus masuk bilik . dah ngantuk yg teramat sangat . pastu puul 6.30pagi bangun pegi skola . Ayah pulak dlm pukul 7 lbih balik kampung Melaka sorang2 sbb dah lama sgt tak balik kampung halaman dia tuu . :)

BYEEEEEEEE .