Okay , hari ni aku nk cerita pasal Bola sepak MALAYSIA :) . hehe . sangat bangga sbb Malaysia menjadi JUARA Piala AFF Suzuki 2010 atas kemenangan ke atas Indonesia dengan agregat 4-2 .Sekalung tahniah diucapkan kepada Skuad Muda Kebangsaan kerana sekali lagi mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa , sekaligus menutup mulut2 pihak yang selama ini asyik mengkritik prestasi pasukan kebangsaan . Apa2 hal pon MALAYSIA BOLEH ! dan tak lupa juga diucapkan Syabas dan Tahniah kepada penjaga gawang gol negara iaitu Khairul Fahmi Che' Mat yang telah menjaga gawang gol negara dengan begitu baik sekali . memang terbaik laaa . FAN PAGE dia dkt Facebook pon dah ramai , ada 185,995 yang LIKE . Kalah Joe Hart yang ada 16,017 je yang LIKE . Petr Cech pon kalah sbb ada 131,580 je yang LIKE . Van der Saar pon kalah , sbb ada 151,718 je yang LIKE .
Wajah yg senantiasa ada tatkala pasukan Malaysia beraksi (Y)
Skuad Muda Kebangsaan (HARIMAU MALAYA)
Wajah ceria serta kepuasan setelah berpenat lelah berperang di atas padang (Y)
Assalamualaikum :) . sebenar nya aku malas nk update blog ni . tp dia atas permintaan , aku update jgk lah . haihh . washanaennn . dah hbis spm ni taktau nk buat apa dohh . mmg bosan gila la duduk rumah . esok , aku blik kampung , isnin baru blik PJ balik . nak cari kerja malas pulakk , tp makcik aku suruh dtg interview kat company dia . taktau lagi bila nk pergi ni . -.-' . sangat malassss .
Dan dan , aku dah register untuk amik lesen kereta . hehe . lepas ni dah tak merempit lagi la enn , BER-drift la pulak aku lepas ni . haha . whattodoenn . tapi kalau ada lesen kereta nanti taktau nk bawak kereta siapa -.-' . harapan ahh bapak aku nk bagi aku bawak kereta dia tu . haihh .
Lepas tu , kemungkinan besar next week pergi Sunway Lagoon . mandi-manda dgn kawan2 aku . haha . al-maklum lahh , sekian lama dah kenal , tp tak pernah mandi sama2 . jadi batak lah sikit . haha . okayy sangat gayy -.-' .
Esok 25/12/2010 ? sekejap gilaa dohhh . MERRY CHRISTMAS ! hohoho xD . Lepas tu , sambut TAHUN BARU 2011 pulakk . mmg sekejap betul masa berlalu (Y) . harap2 tahun 2011 lagi bagus la dari tahun 2010 untuk aku . :)
Dan SELAMAT MAJU JAYA aku nk ucapkan kepada pasukan BOLA SEPAK MALAYSIA atas kejayaan menempa tiket ke FINAL AFF PIALA SUZUKI dgn menentang Indonesia ahad ni . Aku harap menang ahh sbb aku percaya pasukan MUDA kebangsaan ni mmg semangat juang dorang tinggi . kembalikan zaman kegemilangan bola sepak malaysia (Y) . MALAYSIA BOLEH !
Aku taktau nak post apa lagi ni , sampai di sini sahaja . hehe . Assalamualaikum
Wowow , semalam aku gerak Stadium Bukit Jalil tgk bola . hehe . Malaysia vs Vietnam yg mana Malaysia menang 2-0 . Sumpah puas hati gila tgk sbb suasana kat sana mmg bingit gila sampai naik bulu roma aku tgk . Time kat sana memang kerja aku dgn kawan2 aku jerit jela , jerit sampai tak ingat dunia sampai habis serak suara aku . haihh . tapi berbaloi laa . hehe . Pergh mmg kepuasan tak terkata laaa .
Sbb first half Malaysia main bertahan je . Masuk second half baru main attacking sikit . Hasil nya 2 gol dapat disumbat ke dalam gawang gol Vietnam menerusi Safee Sali . Apa2 hal pon pujian harus diberikan kepada Goalkeeper Malaysia iaitu Khairul Fahmi . Aku taktau tangan dia ni tangan apa sbb semua bola yg dia tangkap melekat . (Y) . mmg cekap gila laaa .
Setelah sekian lama tak meng-update blog kesayangan aku ni . hehe . Hari ni baru tergerak hati nak update blog . washanaennnnnn . Mula2 , nak cerita pasal PLKN . Aku tak kena untuk kumpulan 1 . Mungkin kena yang kumpulan 2 atau kumpulan 3 . so , blh la aku cari duit kejap . hehe . Faruq and Syuk Baha kena dkt kem yang sama KEM TANAKI , TAMBUNAN , SABAH . :) . Hisyam pulak kena kat KEM KUALA KUBU BHARU . Tiga2 ni ex classmate aku , classmate since form 1 until form 3 , dah mcm adiik beradik dahh . :) . tapi tiga2 ni dah pindah asrama , Faruq dkt SBP Sultan Alam Shah , Syuk dkt SM Teknik Sg.Buloh and Hisyam dkt SM Teknik Shah Alam .
SPM ? Setakat ni okayy alhamdulillah . Tp addmaths , kurang confident sikit -.-' . Lain2 subject tu Alhamdulillah okay . :) . Khamis ni paper accounts pulakk , aku target nak credit . hehe . Ohh and and , kelmarin aku jogging . :) . setelah sekian lama aku dah tak jogging , rasa gembira gila . haha . jogging dekat Bukit Gasing pulak tu . parking motor kat Taman Jaya , lepas tu menapak dgn Amir Farhan pergi Bukit Gasing :) .
And tadi pergi library . Memang takde kerja betul , oraang pergi library belajar , tapi kita orang belajar sambil ber CAMEWHORE-ing . HAHA
Sebenarnya , banyak lagi benda nak cerita ni . tapi tak larat la pulak nak menaip . haha . okay lahh , sampai di sini sahaja cerita saya tak brapa nak best ni . washanaennn . HAHA .
Pagi tadi dlm pukul 10 grk rumah Nik Ariff sbb nk grk ICCPJ's Blink Carnival at Sri Aman Girl School . pastu sampai je situ , Faisal Hussamuddin plk call suruh amik dia kat LRT Tmn Bahagia thenn aku pon pergi lah amik dia . Pastu aku merempit la en dgn dia pergi Sri Aman balik . washanaennnn . kita org tak hepp sbb tu la naik motor je . :) .
Sampai je , kita org masuk Sri Aman , yg aku terus pergi tandas sbb sakit perut . -.-' . Pastu dtg Heedayatt dgn Nazifi . dua2 budak hepp ! ;p . HAHA . pastu jalan2 jap 1 Sri Aman tu . mcm bosan pon ada jugakk . haihhhh
10minit kemudian , Neena Szulikowska text cakap yg they dh sampai . Aku pon mcm okayyy , then jalan2 sambil usha2 apa yang patut . Pastu masing2 dah mcm penat . So kita org lepak la tepi dewan tu , duduk2 semua . Pastu Nik Ammar pulakk suruh aku call Nina ajak lepak . So , aku pon call Nina Dzas . haha . ajak lepak japp . :p . HAHA .
Pastu tgk org BERDANSA dkt gallery . sambil Nazifi jalan2 mencari mangsa untuk dingorat ! haha . gaya dia ngorat awek mmg TERBAIK (Y) . selamba dia je .
Takde la ramai sangat yang aku kenal tadi , boleh laaa . dalam 12.30pm aku gerak . Lepas tu terus hantar Nik Ariff balik rumah dia . Then aku terus grk library .
Today bangun at 9am . Lepas tu kena hantar kakak aku pergi Shah Alam . bwk motor mmg tak ingat dunia laaa . hehe . Dalam pukul 1oam smpai lepastu pukul 10.30am balikk . Sampai je rmh terus makan , then terus pergi library .
Lepas tu jumpa AIDEED SUHAIDI *washanaaeeennnnn . ;p . HAHA . bkn sng nk jumpa dia kat library . Pastu gerak rmg azhar amik dia sbb nk pegi Sri Aman kjp sbb ada ECO CARNIVAL . Masuk2 je taktau nk pergi mana sbb macam bosan gilaaa . :p . Terus call ELI. Jumpa dia kejap pastu jumpa LISYA . Sumpah Lisya nampak aku je mcm dah setahun tak jumpa . HAHA . Dahh la ramai org tak kenal -.-' . Dalam 20minit ada sorang abang gedang CALL aku , nama dia FAISALHUSSAMUDDIN . :p . haha . nasib baik dia ada , kalau tak mmg mati akal lah aku kat situu . We borak2 kejap then pergi kt gerai2 apa tahhh . Pastu time otw nk ke kantin tiba2 pulak MAK GUARD ni datang kt kita org then halau . :'( .
Btw , nice to meet youu bro . Aku rasa kalau aku lepak dgn kau n Aideed sumpah pecah perut aku dohhh . hahah . Thanks weh belanja aku air tadii . :) . WASHAANAAAEENNNNNNN
Start frm next week , NO more INTERNET , NO more TEXT-ing with EHEM EHEM . :'( . So sadd . :'( . Aku terpaksa jgk buat mcm ni sbb SPM . haihhh . Im gonna miss youu laaa . And Alhamdulillah dia memahami aku . Hee . Nanti sebulan lebih tak text . :( . But , I promise I will call youuu every week kay awekkk ? . ;p . hehe .
Maybe this is the last post before im sitting for the exam . I wish to ALL SPM Candidates , Goodluck n Do your besttt . :) .
Aku nk mintak maaf kalau aku ada buat2 salah kat sesiapa . Forgive me yeahhh ! And aku dah lama maaf kan korang dah . :) .
Pukul 6 dah bangun , then mandi , lepas tu solat . lepas tu breakfast semua lepastu terus pergi rumah angah . lepak rumah dia kejap sementara menunggu pukul 10pagi sbb nk pegi library . tiba2 rasa lapar pulak , aku sorang je kat rumah tu , aku pon masak mee goreng , pastu tengok dlm peti ais ada mcm2 . ahah . apa lagi . faham2 jela . lepas tu agak2 dah kenyang dalam pukul 10 aku grk library . dari pukul 10pagi sampai la pukul 6 petang aku kat situu . study . -.-' . SPM lagi berapa hari je wehh . kena study kena study ! and time tgh study , snap gambar abang2 jambu senyap2 . haha . lepas tu balik pukul 6ptg . balik terus demam . haihhh
Turning 20 , Business student , part time football jersey seller and in love with football, writing and politics. Lily's. YNWA. Admin We Are The Teens Of Petaling Jaya. Paramore.